Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Wuduk itu Memandikan Kulit yang Sensitif

Created on Wednesday, 28 November 2012

Wuduk itu cerminan kesucian

"Adakah kita perlu mandi setiap kali hendak solat?" Sekiranya kita perlu berbuat demikian, bayangkan berapa banyak bilik mandi yang perlu dibina di setiap masjid dan berapa ramai orang yang menunggu giliran hendak mandi? Tentu hal ini menyusahkan kita.

Tetapi, kita tidak perlu memikirkan hal ini kerana kita tidak diwajibkan mandi sebelum solat. Cukup dengan mengambil air wuduk yang juga memberikan khasiat yang hampir sama dengan mandi. Menurut Hukum Pareto, 80% hasil dapat kita peroleh dengan 20 peratus usaha. 80% khasiat mandi itu dapat diperolehi dengan mengalirkan air ke 20 peratus badan kita, iaitu dengan berwuduk.

Dengan berwuduk, kita membasahkan beberapa bahagian badan seperti berikut:

  1. Membasuh wajah
  2. Membasuh kedua-dua belah tangan dari hujung jari sampai siku.
  3. Menyapu kepala
  4. Menyapu kedua-dua belah dari hujung jari sampai buku lali.

Sentot haryanto menjelaskan, " Wuduk ternyata memberikan kesegaran pada tubuh badan dan jiwa, ia juga memulihkan tenaga kita bagi mengerjakan solat." Apabila mandi mengikut cara nabi itu memberikan kesan kesegaran yang maksimum, wuduk pula memberikan kesan yang minimum. Apa yang perlu kita lakukan supaya kita mendapat hasil yang lebih daripada minimum tetapi kurang daripada maksimum, iaitu kesan yang sederhana?

Bedasarkan hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Uthman bin Affan, mereka menyatakan Nabi Muhammad membasuh muka, kedua-dua belah tangan dan kaki bukan hanya sekali, tetapi sehingga tiga kali. Membasuh berulang-ulang itu tentu lebih efektif dan menyegarkan. Berikut adalah langkah-langkah mengambil wuduk yang diamalkan oleh Nabi Muhammad:

  • Mencuci muka
  • Mencuci kedua-dua belah tangan
  • Berkumur
  • Memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian mengeluarkannya
  • Menyapu air ke kepala.

Selapas nabi menyapu air ke kepala, dengan air yang sama beliau memasukkan jari ke dala lipatan daun telinga dan menggosok bahagian belakang telinga itu dengan ibu jari. ( Hads Riwayat Abu Daud dan Nasaie ) Langkah-langkah di atas itu mampu membersihkan bahagian tubuh yang mudah kotor dan tanpa kita sedari ia juga adalah cara yang cerdas, efektif dan efisien bagi membersihkan tubuh.

Sumber Artikel: www.fitrahpower.com

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |