Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Kepuasan Dalam Perhubungan

Created on Wednesday, 19 December 2012

 

Assalamualaikum wbt.

Pasangan-pasangan yang tidak bercerai tidak semestinya puas dan bahagia dengan perkahwinan mereka. Sebenarnya dikalangan pasangan-pasangan yang tidak bercerai itu terdapat mereka yang amat tidak puas hati tetapi mereka memilih utnuk tidak bercerai kerana banyak faktor sperti komitmen seperti anak, harta, nilai agama, budaya dan rasa takut sekiranya nasib mereka lebih buruk selepas bercerai.

Kajian pakar mendapati perkara yang amat memuaskan hati lelaki ialah apabila dia melihat isterinya puas hati. Manakala bagi perempuan pula mereka amat berpuas hati apabila suami mereka mahu membantu sedikit sebanyak kerja rumah.

Gaya Komunikasi

Gaya komunikasi suami isteri sangat dipengaruhi oleh faktor kepuasan. Seseorang yang puas hati menggunakan gaya komunikasi yang positif, manakala orang yang tidak puas menggunakan gaya negatif. Pasangan yang puas banyak berinteraksi dan setiap sesi interaksi mereka adalah lebih lama. Sebagai contoh, mereka lebih kerap menghabiskan masa bersama-sama, banyak berkngsi aktiviti sosial dan fizikal, banyak berbual-bual dan setiap sesi perbualan mereka adalah lebih panjang. Apabila bercakap, ayat-ayat yang mereka ucapkan adalah lebih banyak dan lebih panjang.

Pasangan yang puas banyak saling setuju menyetujui kata-kata dan pendapat antara satu sama lain. Mereka jarang sekali berbeza pendapat oleh itu mereka jarang berkonflik. Mengenai hal ini, pakar-pakar tidak pasti yang mana menyebabkan yang mana. Adakah disebabkan mereka itu banyak bersetuju maka mereka menjadi puas, ataupun adakah disebabkan mereka puas maka mereka banyak bersetuju.

Pasangan yang tidak puas berkomunikasi dengan gaya negatif. Mereka banyak saling menegur dan kritik-mengkritik. Suatu hal yang perlu diterangkan di sini ialah mengenai nasihat. Komunikasi yang bertujuan memberi nasihat banyak mengandungi unsur-unsur komunikasi negatif. Dalam apa yang dikatakan nasihat terkandung banyak penilaian negatif ke atas orang yang dinasihati. Oleh yang demikian nasihat banyak mengandungi unsur kritikan. Nasihat ialah istilah yang lebih lembut bagi perkara yang sama, iaitu kritikan.

Perasaan puas hati mempunyai perkaitan kuat dengan kebahagiaan dan kepanjangan jodoh. Semakin seseorang itu puas hati semakin dia bahagia dan semakin tinggi dorongannya mahu meneruskan perkahwinannya.

Thursday the 17th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |