Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Berubahlah Sebelum Hilang Manisnya Perkahwinan

Created on Thursday, 27 December 2012

Di awal perkahwinan segalanya indah dan manis, segalanya membahagiakan dan menggembirakan. Namun hari demi hari, minggu demi minggu, bulan berganti bulan, tahun demi tahun, rumahtangga yang mulanya membahagiakan seakan hilang serinya dan pudar warnanya.

Di dalam rumahtangga tidak akan terlepas dari perselisihan faham, pertengkaran dan luka melukai antara pasangan. Ibarat luka di jari, jika ia tidak diubati ianya akan melarat dan merebak makin teruk atau lambat sembuhnya.Begitu jugalah perkahwinan, perselisihan tanpa penyelesaian akan membuatkannya makin parah dan kemanisan dulunya tidak lagi dirasai.

Namun jangan mudah gelabah, setiap permasalahan jika kena situasi dan caranya pasti boleh diselesaikan sebelum ianya terlambat. Mari kita lihat permasalahan dan cara mengatasinya:

Peka Terhadap Perubahan Pasangan

Kesan perubahan daripada pasangan dapat dilihat melalui gaya percakapan, lirikan mata, gaya tubuh, tindak balas dan air muka. Jika ianya berubah daripada kebiasaan, jangan tunggu lama untuk membetulkannya. Contohnya, pasangan kita tidak lagi ringan mulutnya bercerita itu dan ini seperti sebelumnya. Cuba renung atau selidik kembali apa yang menyebabkan pasangan kita berubah dan gunakan kepandaian kita untuk membetulkannya, kerana hanya kita yang kenal pasangan kita.

Segera Selesaikan

Mungkin perkara-perkara lain boleh dilengahkan tetapi tidak perkara di dalam perkahwinan, kerana mungkin dengan lambat sedikit, perkahwinan anda mungkin boleh tergadai. Jangan ambil mudah dalam perkara-perkara berkaitan rumah tangga terutama hati dan perasaan pasangan. Anggaplah kebahagiaan pasangan anda adalah kebahagiaan anda juga. Jangan ada sikap pentingkan diri sendiri kerana dengan sikap begitulah hubungan boleh rosak.

 

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |