Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Dimensi Diri

Created on Tuesday, 22 January 2013

Seorang pemikir Islam yang tersohor, Profesor Syed Mohd Naquib Al-Attas menyebutkan, " Kehidupan ini adalah bagi mencari makna." Merujuk kepada pernyataan itu, pernahkah kita terfikir mengenai makna kehidupan ini? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan makna kehidupan?

Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial memahami bahawa kehidupan lebih daripada memenuhi keperluan harian seperti makan, minum, belajar, bekerja, keluarga, rumah, kereta dan lain-lain. Kehidupan juga lebih daripada memenuhi kitaran yang bermula dengan kelahiran, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, nyanyuk dan kematian.

Kehidupan yang sebenarnya membawa makna adalah apabila kita menjalinkan semua fungsi diri kita dengan penuh kefahaman mengenai sebab-sebab kita bertindak begitu. Sebagai muslim, makna kehidupan adalah mengabdikan diri kepada Tuha melalui kelebihan, kekuatan, ilmu dan kecenderungan masing-masing.

Cuba kita tanya kepada diri sendiri, adakah kita sudah melakukan sesuatu yang benar-benar memberi makna kepada diri kita, ibu bapa, orang-orang penting di sekeliling seterusnya orang ramai? Orang yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial tidak sekadar membina kecantikan sosial, tetapi juga membentuk dorongan dalaman bagi melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup.

Dimensi diri bermakna kita menjadi individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial dalam diri sehingga mampu menarik orang lain tanpa mengeksploitasi orang itu. Kita dipenuhi dengan rasa hormat dan cinta yang menyeluruh.

Thursday the 17th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |