Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Bahana Berbangga dengan Nasab dan Keturunan

Created on Friday, 08 February 2013

Photo by: Andyzoo

Seorang insan terkadang memandang mulia dirinya kerana darah biru yang mengalir di tubuhnya. Ia menganggap dirinya lebih utama dari si Fulan dan si Fulan. Ia tidak mahu mendatangi si Fulan sekalipun berkepentingan. Tidak pula mahu mendengarkan ucapan si fulan. Tidak syak lagi, ini merupakan penyebab utama datangnya penyakit ujub.

Dalam sebuah kisah pada zaman kekhalifahan Umar Radhiyallahu 'anhu disebutkan bahawa ketika Jabalah bin Al-Aiham memeluk Islam, ia mengunjungi Baitullah Al-Haram. Sewaktu tengah melakukan tawaf, tanpa sengaja seorang Arab Badwi memijak kainnya. Tatkala mengetahui seorang Arab Badwi telah memijak kainnya, Jabalah terus melayangkan tangannya memukul si Arab Badwi tadi hingga terluka hidungnya.

Si Arab Badwi itu melapor kepada Umar Radiyallahu 'anhu mengadukan tindakan Jabalah tadi. Umar Radiyallahu 'anhu pun memanggil Jabalah lalu berkata kepadanya: " Engkau harus diqisas wahai Jabalah!"

Jabalah membalas: " Apakah engkau menjatuhkan hukum qisas atasku? Aku ini seorang bangsawan sedangkan ia ( Arab Badwi ) yang hina!"

Umar radiyallahu 'anhu menjawab: " Islam telah menyamaratakan antara kamu berdua di hadapan hukum! Tidakkah engkau ketahui bahawa Islam telah meninggikan derajat Salman seorang pemuda Parsi dan menghinakan kedudukan Abu Lahab kerana syirik yan dilakukannya?"

Ketika Jabalah tidak mendapatkan alasan untuk melepaskan diri dari hukuman, ia pun berkata: " Berikan aku waktu untuk berfikir!" Ternyata Jabalah melarikan diri pada malam hari. Diriwayatkan bahawa Jabalah akhirnya murtad dari agama Islam, lalu ia menyesali perbuatannya itu.

Sumber: Bahaya Fitnah dan Hukum Menurut Al-Quran dan Hadis, Muhammad Ramdhani Jerami

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |