Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Anak, permata yang perlu digilap..

Created on Tuesday, 19 February 2013

Anak.... Itulah dambaan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Setelah melalui fasa kehidupan bersuami isteri, naluri untuk memiliki cahaya mata penghibur hati menggamit-gamit. Setiap hari dipanjatkan doa ke hadrat Allah SWT supaya diberikan peluang untuk menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak yang comel. Tiba masa yang sesuai Allah perkenankan doa dan ditiupkan roh ke dalam rahim si ibu, maka bergembiralah mereka mendapat khabar gembira itu. Dijaga kandungan itu dengan sebaik dan sesempurna mungkin, perut sentiasa dibelai dan diusap-usap kerana tidak sabar menanti kehadiran orang baru di dalam keluarga. Segala persiapan telah lengkap tersusun dan tersedia.

Tiba masanya, genap 9 bulan 10 hari di dalam kandungan, maka lahirlah bayi yang comel dan indah wajahnya. Betapa bersyukurnya pasangan itu menyambut dan mengazankan di telinga bayi itu sebagai pembukaan dan permulaan kehidupan bayi itu . Setiap hari dilalui dengan indah sepanjang bayi itu membesar dan meningkat emosinya. Segala kasih dan manja dicurahkan sepenuhnya, malah melimpah ruah. Setahun demi tahun bayi itu menganjak fasa demi fasa. Kini bayi itu sudah boleh berlari laju, menyepahkan rumah, mengoyakkan kertas-kertas yang ada di dalam rumah, tidak cukup ruang tamu, ke bilik air, bilik mandi semua diselongkar untuk mencari kepuasan bermain. Di saat itu hati si ibu mula sedikit demi sedikit terbakar dengan sikap si anak yang seolah-olah mencabar kesabarannya.

Sedarkah wahai ibu, di saat kau terbakar dengan anakmu, segala hamburan kemarahan dan cacian kepada anak itu dari bibirmu adalah doa termakbul buat si anak. Tiada yang lebih makbul selain doa dan kata-kata ibu terhadap anak, oleh kerana itu bersabarlah seketika di saat amarah belum lagi memuncak. Kenangkanlah saat bahagia dan manisnya anak itu menghiburkan, kenanglah juga jika anak itu indah wajahnya saat ia tidur dalam dodoianmu. Kenang juga saat dia berjaya kelak akibat kesabaran mu di ketika ini, berjaya mendaki punjak kejayaan hasil didikan mu yang berhemah. Jangan mudah putus asa terhadap ketidak ikutannya pada ajaran dan suruhan kita buat saat ini, kerana Allah itu maha mengubah hati manusia walau sekeras manapun ia.

 

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |