Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Memilih Bakal Isteri Berjiwa Agama

Created on Monday, 18 March 2013

 

Petani yang bijak bestari adalah petani yang mahir memilih tanah dan benih yang baik untuk bercucuk tanam. Hanya tanah yang baiklah yang akan mendatangkan penghasilan yang baik dan lumayan. Sedangkan tanah yang gersang atau tandus biasanya hanya akan menghasilkan sesuatu yang tidak baik.

Demikianlah seorang isteri laksana ladang tempat bercucuk tanam bagi suaminya. Sepertimana firman Allah:

Kemahiran memilih bakal isteri adalah dasar utama membangun keluarga Islami. Asas rumah tangga yang baik merupakan faktor keselamatan bangunan rumah tangga. Kerana anak-anak  akan terpengaruh secara positif mahupun negatif daripada ibunya. Peri kehidupan si anak sesuai dengan tahap keagamaan ibu mereka, perilaku mereka mencontohi perilaku ibunya, kejiwaan mereka sesuai kejiwaan ibunya, mereka akan mewarisi kebaikan atau keburukan ibunya.

Dengan demikian maka isteri adalah pendamping suami dalam mendidik anak-anak dan melindungi mereka daripada sebarang kenakalan dan penyelewengan. Berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

 

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah n telah bersabda:

مَا مِنْ مَوُلُودٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلىَ الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya: " Setiap anak yang dilahirkan adalah suci, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi."

 

Kriteria-kriteria wanita ini merupakan keinginan fitrah semula jadi manusia yang berasaskan kayu ukur lahiriah, yang pada asasnya lebih tertumpu kepada keinginan hawa nafsu dan kenikmatan jasmani. Agar tiang tonggak keluarga Muslim tidak hanya berdasarkan keinginan nafsu belaka, maka Rasulullah SAW memberikan kebebasan dalam menentukan pilihan, akan tetapi Baginda menjadikan agama sebagai faktor dan kayu ukur utama dalam menentukan pilihan demi keselamatan rumah tangga dan anak.

Wanita yang taat beragama adalah perlindungan terbaik bagi pertumbuhan dan pendidikan anak-anak yang akan membawa mereka menuju teras akidah yang kukuh dan perilaku yang terpuji.

Oleh sebab itu, kesungguhan menjalankan wasiat Rasulullah SAW dalam memilih wanita yang taat beragama adalah sumber keselamatan bagi anak-anak daripada pelbagai bentuk penyelewengan, dengan izin Allah SAW. Mereka mendidik anak-anak berdasarkan al-Quran dan sunnah, dan menyemai keimanan ke dalam hati mereka, dan membiasakan serta merangsang mereka berbuat ketaatan, serta menjauhkan mereka daripada perkara yang haram.

Dalam pada itu, Islam juga menggesa para wali untuk menjodohkan lelaki yang taat beragama dengan puteri mereka, sebagaimana  sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: Apabila kamu didatangi oleh lelaki yang kau redha dengan agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia ( dengan puteri kamu). Jika tidak maka tunggulah kerosakan dan fitnah di bumi." Mereka bertanya: " Wahai Rasulullah walaupun ada kekurangannya? " Rasulullah bersabda: " Jika kau didatangi oleh lelaki yang kamu reda agama dan akhlaknya ( tiga kali )."

Dengan berkat kesolehan ayah dan ibu, akan wujud keselarasan keazaman mereka di atas kebenaran ( haq ), akan selaraslah usaha mereka di atas islah ( menegakkan kesolehan dalam keluarga ). Hal ini akan membuahkan keselarasan pengendalian yang tepat bagi anak-anak. Maka anak-anak tidak hidup dalam suasana percanggahan dalam hal perkataan, tindak tanduk, dan arahan sebagai ekoran percanggahan pespektif ibu bapa. Jika demikian duduk perkaranya, maka anak-anak akan membesar secara sihat dan normal, hal ini akan menjauhkan mereka daripada pelbagai kenakalan dan penyelewengan dalam kehidupan masa hadapan mereka.

 

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |