Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Hak Manusia Untuk Menjadi Kaya

Created on Wednesday, 11 September 2013

Walau apa pun yang diperkatakan tentang baiknya kemiskinan, kenyataannya ialah tidak mungkin seseorang itu dapat hidup dengan sempurna atau berjaya di dalam hidu melainkan dia seorang yang kaya.

Tiada sesiapapun dapat mencapai pencapaian yang tertinggi dalam mengasah bakat atau peningkatan rohani melainkan dia mempunyai banyak wang kerana untuk meningkatkan rohani dan mengasah bakat dia mesti mempunyai banyak peralatan untuk digunakan dan dia tidak mungkin memiliki semua ini melainkan dia mempunyai wang untuk membelinya.

 

Manusia membentuk minda, rohani dan jasad melalui penggunaan peralatan. Susunan pada masyarakat pada masyarakat adalah sangat teratur sehinggakan seseorang itu mestimempunyai wang supaya dapat menjadi pemilik peralatan. Oleh sebab itu asas segala kemajuan manusia mestilah ilmu untuk menjadi kaya.

Matlamat sebuah kehidupan ialah kemajuan dan semua yang hidup mempunyai hak mutlak ke atas segala kemajuan yang mampu dicapainya.

Hak manusia terhadap kehidupan bermaksud haknya untuk memiliki secara percuma dan menggunakan tanpa had peralatan yang perlu bagi peningkatan mental, kerohanian dan fizikal sepenuhnya atau dalam erti kata lain, haknya untuk menjadi kaya.

Menjadi benar-benar kaya tidak bermakna berpuas hati dengan yang sedikit. Tiada sesiapapun berpuas hati dengan yang sedikit jika dia mampu mengguna dan menikmati lebih dari itu. Matlamat alam sekeliling ialah kemajuan dan peningkatan taraf kehidupan dan setiap manusia sepatutnya mempunyai segalanya yang boleh menyumbang ke arah kekuasaan, keindahan, kecantikan dan kekayaan kehidupan. Berpuas hati dengan yang sedikit adalah satu kesalahan.

Seseorang yang dapat memiliki segala yang diidamkan sepanjang hayatnya adalah seorang yang kaya dan sesiapa yang mempunyai banyak wang dapat memiliki segala yang diidamkannya. Kehidupan telah menjadi terlalu maju dan mencabar sehinggakan manusia memerlukan kemewahan yang melimpah ruah utnuk hidup dalam keadaan sempurna. Oleh itu adalah paling perlu untuk memahami ilmu bagaimana untuk menjadi kaya.

Tidak salah mengidam untuk menjadi kaya. Keinginan pada kekayaan sebenarnya adalah kemahuan untuk sebuah kehidupan yang mewah, sempurna dan melimpah ruah dan kemahuan sebegini wajar dipuji. Seseorang yang tidak menginginkan kehidupan yang mewah adalah tidak normal dan dengan demikian seseorang yang tidak mahukan wang yang cuku untuk membeli semua yang dikehendakinya adalah juga tidak normal.

Kit a hidup kerana 3 sebab. Kita hidup kerana jasad, minda dan rohani. Tiada satu pun diantaranya yang lebih baik atau paling mulia dari yang lainnya. Semuanya saling memerlukan dan tiada satu pun darinya -jasad, minda atau rohani boleh berfungsi dengan sempurna jika salah satu daripadanya tidak sempurna. Adalah tidak betul dan tidak wajar untuk hidup hanya untuk rohani dan tidak mempedulikan minda dan jasad dan adalah salah untuk hidup semata-mata kerana minda dan mengabaikan jasad atau rohani.

Kemuncak kebahagiaan seseorang ditemui melalui manfaat yang dia berikan kepada mereka yang disayanginya. Kasih sayang wujud apabila seseorang itu memberi. Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk diberi tidaklah boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau bapa, sebagai seornag warganegara, mahupun sebagai seorang manusia. Mealui penggunaan kebendaanlah seseorang itu menemui sebuah kehidupan bagi kesempurnaan jasadnya, pengembangan mindanya dan peningkatan rohaninya. Dengan itu adalah sangat penting supaya dia menjadi seornag kaya raya.

Keinginan anda untuk menjadi kaya adalah sesuatu yang betul; jika anda seorang yang normal, anda tidak boleh mengelak dari menginginkannya. Adalah sesuatu yang betul bahawa anda perlu memberikan sepenuh perhatian pada ilmu bagaimana untuk menjadi kaya kerana ianya adalah pembelajaran yang paling mulia dan perlu dari semua jenis pembelajaran. Jika anda mengabaikan pelajaran ini, anda mengabaikan tanggungjawab kepada diri sendiri, kepada Tuhan dan kemanusiaan; kerana tiada sumbangan yang lebih besar dan bermakna kepada Tuhan dan kemanusiaan selain menggunakan keupayaan yang anda ada dengan sepenuhnya.

Sumber: ILMU MENJADI KAYA by Wallace D. Wattles

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |