Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Anda Bakal Usahawan Jika Anda.... (2)

Created on Friday, 09 November 2012

Sumber Gambar

Sambungan dari artikel minggu lepas berkenaan nilai-nilai yang perlu ada dalam diri seorang usahawan yang mahu berjaya dan maju ke hadapan.

 

Menetapkan Pendirian

Mempunyai pendirian itu perlu, tetapi pendirian yang terlalu kukuh sehingga tidak boleh bertolak ansur juga kurang elok sebenarnya. Kadangkala pendirian itu boleh dilenturkan jika nasihat yang diterima itu baik dan boleh diterima akal. Namun orang yang berpendirian teguh untuk tidak memberirasuah atau menerima urusan bisnes yang haram dan syubhah itu adalah sangat dikagumi. Sikap ini amat penting untuk mencerminkan diri anda sebagai seorang usahawan yang berkredibiliti dan berintegriti pada pandangan orang lain.

 

Setiap keputusan yang anda buat hendaklah dibuat dalam keadaan anda berfikiran waras, logik dan mempunyai asas yang kukuh untuk menyokong keputusan anda. Elakkan daripada mengambil keputusan secara spontan dan tergesa-gesa.

Pengalaman dan Pengetahuan

Dalam membuat apa-apa perkara sekalipun, ilmu adalah perkara asas yang paling penting, tanpa ilmu dan pengalaman apa sahaja bisnes yang anda lakukan memang tidak akan ke mana dan mungkin sahaja terkandas di tengah jalan.

Sebaiknya anda cukupkan ilmu didada sebelum melakukan dan memulakan sesuatu perniagaan. Ilmu ini boleh didapati melalui pengalaman, pembacaan dan pengamatan. Dengan ilmu pengetahuan beginilah yang membantu anda untuk merancang masa depan dan halatuju perniagaan.

Sentiasalah berusaha untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran diri serta tidak jemu mempelajari perkara-perkara yang difikir dapat memajukan perniagaan anda.

Daya Tahan

Anda mesti percaya kepada kemampuan diri dan tabah menghadapi apa saja kesulitan yang dihadapi di dalam perniagaan. Setiap hari anda mesti menghidupkan cita-cita anda untuk mencapai matlamat ke arah memiliki perniagaan yang berjaya.

Jangan mudah patah semangat, percayalah kepada janji-janji Tuhan bahawa Dia akan membantu orang-orang yang membantu diri mereka sendiri. Orang-ornag disekeliling anda tidak mungkin memahami malah tidak peduli dengan apa yang anda lalui dan impikan. Oleh itu daya tahan di dalam diri amatlah penting untuk anda menghadapi ujian mental dan psikologi ini terutama seklai di waktu-waktu anda merasa kesulitan, keseorangan dan tidak bersemangat di dalam usaha-usaha perniagaan anda.

Sekiranya anda tidak sanggup untuk menderita dan melalui kesusahan walau hanya untuk sementara waktu, sentiasa tidak ada masa dan tiada kesungguhan untuk mencapai apa yang anda ingini adalah lebih baik anda bekerja untuk orang lain iaitu bekerja makan gaji. Namun begitu tiada jaminan bagi mereka yang hanya mahu bekerja makan gaji kerana pada bila-bila masa sahaja anda boleh dibuang kerja apabila khidmat anda tidak diperlukan lagi.

Jaminan sebenar adalah jaminan yang dicipta sendiri melalui perniagaan anda. Jawatan yang dilantik pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik semula. Tetapi jawatan anda yang cipta sendiri sebagai usahawan dan pemilik perniagaan tidak ada siapa berhak mengambilnya semula kecuali anda sendiri.

Sumber dari; Rahsia Dan Strategi, Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan, Ridz Muhammad & Jelita A.Rahim

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |