Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!! Kenali Potensi Keupayaan Diri dan Fitrah Setiap Individu Maklumat lanjut, sila klik di sini!!

Huraian Tafsir Surah An-Nahl ayat 63 64

Created on Saturday, 15 October 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

Surah An-Nahl (bahasa Arab:النّحلan-Nahl, "Lebah") adalah surah ke-16 dalam al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 128 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Surah ini dinamakan An-Nahl yang berarti lebah karena di dalamnya, terdapat firmanAllah SWT ayat 68 yang artinya : "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah". Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al Quranul KarimHuraian tafsir Al-Quran bagi Surah An-Nahl ayat 63 dan 64 ini bersiaran di Radio KL fm dalam rancangan WAHYU, pada minggu ini, Isnin – Jumaat, pada jam 7:00 ptg, 19 – 23 Sept 2011 oleh Ustaz Ahmad Shukri.

 

@@@@@@@@@@@

Maksudnya: Demi Allah! Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ringkasan:

Demi Allah, sesungguhnya kami telah mengutus para Rasul sebelummu kepada umatnya dengan membawa risalah yang kamu bawa kepada umatmu iaitu menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah SWT, melakukan ibadah dengan ikhlas hanya kepada-Nya sahaja dan menyingkirkan sekutu serta patung-patung. Kemudian syaitan membuatkan mereka memandang baik kekufuran dan penyembahan terhadap patung-patung yang mereka lakukan sehingga mereka mendustakan para rasul dan menolak apa yang mereka ( para rasul) bawa daripada Tuhan. Tidak ada yang menetapkan mereka daripada pilihannya itu selain daripada syaitan penolong yang paling buruk. Di akhirat kelak mereka akan menerima azab yang teramat pedih, sewaktu mereka datang mengadap tuhan, kerana pertolongan syaitan pada ketika itu tidak berguna untuk mereka, sebagaimana pertolongan itu tidak berguna untuk mereka di dunia.

Selanjutnya Allah swt menjelaskan bahawa Dia tidak akan mengazab sesiapa yang telah Dia azab kecuali setelah Dia menegakkan hujjah dan memberikan alasan:

@@@@@@@@@@@@

 

Maksudnya: Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Ringkasan:

Kami tidak menurunkan kitab Kami kepadamu, tidak pula kami mengutusmu dengan membawanya kepada para hamba-Ku, kecuali kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan antara urusan yang berkaitan dengan agama Allah s.w.t. Sudah tentu mereka dapat membezakan antara yang benar dan yang batil, dan kamu menegakkan hujjah Allah s.w.t  terhadap mereka, iaitu hujah yang kamu diutus untuk membawanya. Kitab itu adalah petunjuk untuk hati yang sesat dan rahmat untuk orang yang beriman kepadanya. Seterusnya mereka membenarkan apa yang ada di dalamnya dengan mengakui perintah dan larangan Allahs.w.t yang terkandung di dalamnya, serta mengamalkannya.

Kesimpulannya,Al-Kitab ini merupakan hakim di antara manusia tentang apa yang mereka perselisihkan dan ia adalah petunjuk bagi mereka yang ingin menuju jalan yang lurus.

 

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |