Kenali Muhammad SAW Melalui Kaedah Yang Betul

Print

Gambar

Sikap golongan orientalis dan juga para penulis upahan yang menyangkal perkara-perkara luar biasa (khawariq) yang berlaku kepada nabi SW, pendirian tersebut sebenarnya tidak selaras dengan kajian saitifik, ini kerana para saintis tidak pernah menafikan secara menyeluruh bahawa perkara luar biasa itu tidak boleh berlaku.

Berdasarkan kajian biasa bahawa tidak mesti sesuatu itu berlaku secara biasa dan mengikut logik semata-mata, sekali-sekala akan berlaku perkara luar biasa kerana kadangkala ia terkeluar dari landasan atau dari kaedah biasa. Oleh kerana tidak ada seorang saintis dan pakar yang membuat kata putus tentang perkara luar biasa, ini bermakna ia boleh berlaku.

Justeru itu tidak perlu satu usaha untuk metakwil perkara luar biasa seperti 'Israk Mikraj' dan yang seumpamanya dengan pelbagai ulasan, seperti yang telah dilakukan oleh Husain Haikal pengarang buku 'Hayat Muhammad'. Di mana dia mendakwa bahawa kajiannya mengenai kehidupan Nabi Muhammad SAW itu adalah suatu kajian saintifik yang tidak perlu terikat dengan kaedah penulisan sejarah yang telah dikemukakan oleh ulama sejarah Islam di zaman silam.

Oleh yang demikian bagaimanakah cara yang terbaik untuk mempelajari sirah Nabi SAW supaya memahami kedudukan sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya, agar kita menyayangi dan mentaati ajarannya. Sesungguhnya pepatah melayu juga ada menyebut " Tak kenal maka tak cinta ", apabila seseorang itu mengenali diri Rasulullah SAW berdasarkan sirahnya maka barulah timbul rasa cinta kasih sayang terhadapnya. Dengan demikian barulah seseorang itu bersedia untuk mentaatinya dan sanggup mati kerana mempertahankan ajarannya. 

Apa yang mustahak dimaklumi ialah bahawa Online Pokies Muhammad bin Abdullah yang berada di semenanjung arab sebelum dikenali sebagai Nabi, ketika itu beliau telah memperkenal dirinya kepada dunia umumnya dan Jazirah Arab khususnya bahawa beliau adalah seorang 'Nabi' yang diutus oleh Allah SWT di dunia ini untuk memimpin umat manusia seluruhnya.

Tugasnya ialah untuk memberi sokongan yang kuat kepada ajaran aqidah tauhid yang telah diajar oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu kepada kaum dan bangsanya. Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang ditugaskan oleh ALlah SWT untuk membawa syariat bagi melengkapkan ajaran tersebut serta memperluaskan skop sasarannya kepada manusia seluruh alam.

Manusia lain walau sebijak manapun dia tidak menerima wahyu dan bukannya Nabi selepas dari wafat Nabi Muhammad maka menjadi kafir secara spontan, dan orang-orang yang menjadi penganutnya juga turut menjadi kafir. Ini kerana dia telah melanggar secara terang-terang perisytiharan Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa tidak ada nabi selepas nabi Muhammad SAW.

Sebab itulah walaupun Nabi Muhammad telah wafat tetapi Al-Quran yang mengandungi wahyu Allah SWT tetap kekal dan wujud untuk menjadi panduan dan petunjuk kepada umat manusia sepanjang zaman sehingga hari kiamat, dalam keadaan seperti asalnya diturunkan tanpa ubah atau berubah walau satu titikpun dari huruf-hurufnya. Al-Quran terselamat dari sebarang gangguan dan campur tangan manusia walaupun manusia sudah melakukan berbagai usaha untuk merosakkan al-Quran, namun ia tidak akan berjaya kerana Allah SWT telah berjanji bahawa sesungguhnya Allah yang menurunkan al-Quran dan Allah yang memeliharanya sehingga hari kiamat. 

Sumber Artikel; Sirah Nabawiyyah, insan teladan sepanjang zaman.

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |