Menjadi Trainer yang Handal II

Print

 

 

 

 

 

 

 

Untuk menjadikan trainer (jurulatih) berjaya dalam menjalankan tugasnya membimbing peserta, ada beberapa tip yang harus digunakan:Untuk menjadikan trainer (jurulatih) berjaya dalam menjalankan tugasnya membimbing peserta, ada beberapa tip yang harus digunakan:

1.    Bina keakraban dan saling percaya

2.    Supaya anda dekat dengan peserta, maka berbicaralah dengan peserta sebagai seorang individu, bukan kumpulan orang tertentu.

3.    Jadilah sebahagian daripada peserta.

4.    Libatkan peserta, jangan jadikan mereka hanya sebagai penonton.

5.    Miliki sense of humor yang tinggi.

6.    Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh peserta.

7.    Sentiasa melihat balik bahasa tubuh anda dan komunikasi non verbal yang lain, kerana itulah sebenarnya kekuatan komunikasi anda.

8.    Berikan pujian kepada peserta apabila mereka berjaya menjawab atau berjaya melakukan tugas dan aktiviti.

9.    Berbicaralah dengan penuh perasaan

10.  Jangan kaku dan murahkan dengan senyuman.

  1.  

 

PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN SEORANG TRAINER

Jangan sesekali melakukan perkara larangan di bawah untuk mengelakkan latihan anda gagal dan tidak memberi kesan kepada peserta.

1.    Jangan melakukan ekspresi atau bahasa tubuh lainnya yang dapat dinilai dan dianggap negatif seperti: kaku, tidak mesra, tidak ramah, atau marah.

2.    Jangan berdebat dengan peserta. Walaupun anda menang dalam perdebatan itu, namun sebenarnya anda sudah kalah sebab anda membuatkan peserta membenci dan memusuhi anda.

3.    Jangan memaksa mereka mengikut kehendak anda.

4.    Jangan memalukan peserta, memberikan label atau panggilan buruk ataupun membentak peserta.

5.    Jangan menilai perasaan dan pemikiran mereka.

6.    Jangan merendahkan diri anda dihadapan peserta.

 

Wednesday the 18th. © Copyright 2005-2017 FITRAH POWER RESOURCES. Hakcipta Terpelihara. Designed by MAM | Home | Joomla 3 Templates |